berSAma KenaLi GEMS

PROMOSI PROGRAM SKIM PENGURUSAN PENINGKATAN NILAI SISWAZAH (GEMS)


Untuk siapa Skim GEMS ini?? Pastinya ia amat sesuai untuk para siswazah yang baru sahaja tamat pengajian dan juga untuk para graduan yang masih mengganggur dan mencari pekerjaan.
Kenapa GEMS?? Kerana GEMS adalah salah satu alternatif kepada kita semua sebagai salah satu inisiatif dari kerajaan bagi melengkapkan siswazah dengan kemahiran dan pengalaman yang bernilai komersial yang seterusnya akan meningkatkan peluang kita untuk mendapatkan pekerjaan.
GEMS mensasarkan melatih seramai 12,000 siswazah untuk tempoh 2 tahun. Program ini adalah berdasarkan kepada program Peningkatan Keupayaan Pekerjaan Siswazah (GREEN) yang telah dijalankan oleh Khazanah Nasional Berhad dangan kerjasama 38 buah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).
Pemohon yang berjaya akan menjalani latihan formal dalam kelas selama 2 1/2 bulan dan latihan praktikal di pelbagai organisasi dan instituti termasuk GLC selama 6 bulan. Pemohon yang berjaya akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000. Tempat penginapan akan disediakan sepanjang latihan formal yang akan dikendalikan selama 2 1/2 bulan.
Jangan lepaskan peluang ini. Terma dan syarat serta borang permohonan boleh di dapati di dalam web GEMS. Bersama kita hebahkan kepada rakan-rakan untuk memperolehi manfaat bersama.

0 comments: