Ayuh berdiskusi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada semua sahabat sains politik dan para pembaca blog ini. Bagi menambahkan kemeriahan blog budak-budak politik bach 06-09 selain daripada kita mengimbau kenangan sepanjang di perbukitan UKM dalam blog ini , saya ingin mengajak anda semua untuk kita sama-sama berbincang dan mengeluarkan pendapat, idea dan segala bentuk buah fikiran yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta menajam cara kita berfikir. Oleh itu diharapkan agar komen, pendapat dan idea yang hendak dikemukakan atau dilontarkan dapat membantu kita dalam memahami sesuatu fenomena atau peristiwa dengan lebih jelas.

Oleh itu diharap sangat kepada anda semua agar bertoleransi dalam berbincang supaya kita dapat mengaplikasikan ilmu politik yang kita pelajari. Ayuh lontarkan apa sahaja isu untuk dibincangkan. Mungkin di dalam kelas tutorial kita tidak dapat mengeluarkan idea disebabkan kekangan masa atau kawan-kawan yang lain sahaja yang memonopoli suasana sehingga kita tidak dapat mengeluarkan idea-idea kita. Jadi dalam blog ini kita punya ruang yang sungguh luas dan tidak ada hadnya.

Maka dengan ini, hehehe, saya ingin memulakan satu isu:

"Berdasarkan pemerhatian anda, setelah berakhirnya pilihanraya umum 2008, kemudiannya dua pilihanraya kecil permatang pauh dan kuala Terengganu, pengkaji2 politik melihat suatu suasana yang dipanggil (politik baru) mulai menguasai politik tanah air . Jadi persoalannya di sini, adakah politik baru ini akan berlanjutan dalam pilihanraya kecil yang terdekat ini dan pilihanraya umum yang ke 13 atau akan berlaku yang sebaliknya setelah berlaku perubahan pucuk pimpinan UMNO.."


-Ayuh kita berdiskusi-

yasin_08

8 comments:

Anonymous said...

ye...trend pengundi sekarang sudah menolak umno dan barisan nasional.. sokong yasin...org pas..

yasin said...

Salam. disebabkn saya yg memulakan isu ini, jd biar saya yg memberikan pandangan dahulu. perkara ini ada kaitan dengan bagaimana hegemoni BN yang mula,sedang dan semakin terhakis. Hasilnya dapat diamati dlm pru 2008.

Namun apa yg saya timbulkan, adakah perkara ini akan berlanjutan.? Politik baru yg muncul pada pru ke 10 pd thun 1999 telah timbul kembali pada tahun 2008. isu yg melangkaui batasan kaum dan sentimen2 etnik tidak lg mendapat tempat di kebanyakan hati para pengundi. Sebaliknya isu kebebasan, keadilan, hak asasi, kerajaan yg telus, anti-rasuah dan sebagainya lebih mendominasi pemikiran kebanyakan rakyat malaysia sekarang.

Jadi pada pendapat saya, sekiranya ada lagi yg masih berfikir dalm kotak pemikiran kaum atau etnik, nampaknya masih tidak dpt keluar dr taklukan politik neofeudal yg kuno, krn dunia sekarang sedang bergerak kehadapan. cabaran globalisasi menyerang dari pelbagai sudut,tapi sekirannya persoalan etnik masih dititik beratkan maka masyarakat akan ketinggalan.

klw kita amati setelah fenomena politik baru 1999. Pemerintah tidak membiarkan shj perkara ini berkembang. sebaliknya bertindak balas dgn menggunakan apparatus negara sprt undang2@akta, media, phk keselamatan dan sebagainya untuk menggukuhkan kembali hegemoninya. pemerintah bertindak balas dengan keadaan yg berlaku. hasilnya BN menang dengan cemerlang pada pru 2004.

jadi, setelah pru 2008, ditambah dgn kemenangan prk pematang pauh dan k.t'gganu, menunjukkan hegemoni BN tergugat dan perkara ini secara langsung menunjukkan penolakkan sebahagian besar rakyat terhadap rejim BN.

sekirannya di lihat kembali kpd sejarah pru 1999, saya rasa pemerintah sudah mula respon dan bertindak balas dgn keadaan yg berlaku. contohnya krisis politik di perak(tak perlu ulas,msng2 boleh bt penilaian.) dan yg paling penting, bagaimana pemerintah yg menguasai ruang awam/sivil membenarkan untuk rakyat berpatisipasi. jika diamati ruang2 ini mula dihadkan,diketatkan dan dikawal dgn mengguanakan cara yg sama iaitu manipulasi apparatus Negara@kerajaan. ini secara tak langsung mewujudkan 'budaya takut' dalam politik Malaysia.

maka, sejauh mana kesinambungan politik baru ini akan berterusan bergantung kepada :

1.tindakbalas pemerintah untuk menggukuhkan hegemoninya
2.tindakbalas masyarakat terhadap suasana yg wujud (peka@apati)
3. bagaimana pakatan rakyat pula cuba mewujudkan sejarah hegemoninya dengan bertindakbalas dgn kerajaan dan masyarakat setelah menguasai kerajaan negeri.

secara kesimpulannya, suka untuk saya petik kata2 en nadzri berkaitan politik serba mungkin:

yg salah jadi tak salah
yg tak salah jadi salah
yg dapat jadi tak dapat
yg tak dapat jadi dapat


sekian.
yasin_08

Faizal said...

Sebenarnya, apa yang menjadi permasalahan di sini ialah kita perlu melihat bagaimana politik baru ini memberi kesan kepada hegemoni BN.
Apa yang pasti, dengan kemunculan semula idea politik baru ini, ia sedikit sebanyak telah memperlihatkan kepada kita berdasarkan keputusan PRU ke-12 dan PRK yang lalu ialah semakin terhakisnya hegemoni BN.

Hal ini menyebabkan pendekatan politik pembangunan dan politik perkauman yang menjadi taruhan BN selama ini sudah mula dipersoalkan oleh rakyat terutamanya di kalangan pengundi muda terutamanya yakni mereka dilihat lebih rasional di dalam membuat keputusan politik dan menyatakan pendirian. Hal ini dilihat ketara berbanding pengundi tua yang dilihat terlebih dahulu menyatakan pendirian politik mereka terhadap perjuangan parti yang mereka sertai selama ini.

Oleh itu, antara faktor yang signifikan di dalam memperjelaskan perkara ini ialah faktor sosialisasi politik dan juga pengaruh media baru. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat juga beberapa faktor yang menjadi tunjang kepada kedua-dua faktor di atas. Oleh itu, secara ringkasnya, adalah amat sukar untuk BN mencari formula pendekatan poltik yang baru di dalam usaha mereka untuk menawan kembali sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka. Skrip politik mereka perlu ditukar supaya selandasan dengan aspirasi rakyat.
Malah, sedikit perubahan pucuk pimpinan perlu dilakukan. Hal ini idea-idea baru dapat diserap ke dalam BN dan dicernakan di dalam bentuk undi dalam pilihan raya umum pada masa akan datang.

Ingin saya menyentuh sedikit berkenaan situasi politik di Perak pada masa sekarang ialah apa yang saya dapat lihat ialah terdapatnya persaingan dua kem yang berbeza pendirian politik tetapi cuba mendapatkan hak masing-masing. Antara hujah yang menjadi asas kepad kenyataan saya ini ialah BN dilihat cuba memulihkan imejnya dalam masa yang amat singkat di mata rakyat setelah di malukan di dalam PRU dan dua PRK yang lepas. Manakala, PR pula cuba untuk mempertahankan kedudukannya sebagaimana yang telah dijanjikan dan dijamin oleh perlembagaan malah dilihat sedaya-upaya mempertahankan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka yang diterjemahkan di dalam PRU yang lalu.

Bagi saya, secara ilmiahnya, isu derhaka tidak pernah wujud dalam melihat situasi politik di Perak ini. Apa yang nyata ialah isu derhaka ini hanyalah sebagai eleman-eleman sampingan untuk memanipulasi perhatian rakyat daripada memahami keadaan yang sebenar. Akhir kata dari saya ialah cuba saudara/i renung seketika kata-kata saya di bawah ini. Assalamualaikum.

Asas pegangan melayu ekstreamis sekarang ialah meletakkan apa jua yang dilakukan oleh sultan itu sebagai betul walaupun kesalahan telah dilakukan secara terang benderang. Sebaliknya, pada masa dahulu kita sendiri menentangnya atau menyokong balik dan menyetujui apabila ia memberi keuntungan kepada kita.

Anonymous said...

bila kita mengkritik...
bila kita memberi komen...
bila kita membaca akhbar harakah atau siasah...
kita terus dilabelkan sebagai pembangkang....

salam....
1)bukan semua orang menolak UMNO atau BN itu sebenarnya..
ini kerana masih ramai lg mempunyai budaya politiknya yang setia kepada parti tidak kiralah parti itu dilabelkan dengan pelbagai 'title' tertentu...

2)persoalan hegemoni
sy sendiri berpendapat bahawa hegemoni BN sememangnya mulai terhakis... sejak tahun 1999..
ini juga dikaitkan dengan pelbagai perkara seperti globalisasi yakni media alternatif dilihat semakin berkembang. malah golongan muda khasnya tidak hanya bergantung kepada information dari media perdana semata2...kenapa sy tekan golongan muda di sini??
golongan muda merupakan sebahagian besar pengundi di Mlysia..
malah kini..masyarakat lebih cenderung kepda isu sejagat bukannya semata2 isu perkauman atau feudal.

3) mengenai isu Sultan Perak..
sy suka memberi pendapat mengenai ini...tp bila sy memberikan pendapat...sy dikritik sebagai terlalu radikal..sy cuma memberi pendapat untuk terima atau tidak terpulang...sy setuju bahawa dalam isu Perak..soal derhaka bukan sesuatu itu utama...tetapi sepatutnya kita kembali kepada undang2....tidak kiralah setinggi mana kedaulatan seseorang itu...apa yg penting...kedaulatan undang2....

ini hanya pandangan sy...sekadar mencetuskan idea...

Anonymous said...

salam

Anonymous said...

Politik Baru...? adakah benar istilah ini wujud di malaysia...? cuba kita fikirkan... adakah betul para pengundi cuba menolak manifestasi-manifestasi yang di bawakan oleh kerajaan BN...?
jika kita melihat dengan lebih dalam pemikiran-pemikiran atau pandangan pengundi-pengundi di Perak contohnya, tanyalah kepada sesiapa sahaja penyokong-penyokong 'tegar' BN atauun UMNO, kenapa mereka kalah... jawapan mereka senang, mereka marah kepada sikap pemimpin tertinggi mereka... Malaysia yang sepatutnya menjadi negara maju berasaskan industri telah berpatah kembali kepada pertanian... kebanyakkan daripada mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dibawakan oleh Pak Lah, bukannya menolak isu-isu yang dibawakan oleh UMNO dan BN apa tah lagi menolak parti tersebut secara total... melihat kepada sejarah juga, PRU 1999, walaupun BN telah kehilangan banyak kerusi pada wakt itu, kita perlu ingat... kekalahan tersebut bukanlah di sebabkan oleh fenomena politik baru itu sendiri... tetapi pada ketika sebelum PRU tersebut telah berlakunya 1 peristiwa yang telah menyebabkan ramai penyokong yang extreamist kepada seorang pemimipin tin kosong yang telah dijatuhkan hukuman itu bertindak menentang pihak kerajaan... kita tidak boleh mengatakan bahawa itu adalah hasil daripada fenomena politik baru yang menolak isu yang dibawakan oleh BN semata-mata...

jika benar sekalipun politik baru telah melanda... kenapa ia tidak berlaku pada PRU 2004? ketika itu BN telah menang besar...

fikir-fikirkanlah... sebagai seorang mahasiswa... kita tidak seharusnya berfikiran sempit (narrow minded) dengan hanya mengakui kebenaran sebelah pihak sahaja tanpa mendengar dari pihak yang lain dan menolak mereka secara total tanpa membaca dan menganalisis apa yang diperkatakan oleh mereka... tolong jangan sempitkan agama dalam melihat politik...

MOHD FAIZAL SAMSUDIN said...

majulah sukan untuk negara

Nana RUZ said...

aik faizal????

tb2 lak sukan....hahahhaha